Tuesday, 18 February 2020

Pelarian

Assalamualaikum wbt, dah lama sangat tak blogging. So, today i decided to buat satu pos berkenaan apa yang aku lalui dari 2018-2019. Last update pun pasal SPM 2k17 kan ? Hehehe.



SELEPAS KEPUTUSAN UPU SPM 2K17

Lepas SPM, aku tunggu keputusan UPU aku. Memang nervous lah sebab aku mengharapkan aku dapat jurusan yang aku nak. Jadi, pada hari keputusan UPU keluar. Aku check, aku dapat "Perniagaan dan Perdagangan" dekat Segamat (UITM). Aku rasa terchiduk sangat. HAHAHAHA. Sebab aku mengharapkan aku dapat jurusan "Senibina Dalaman". Memang aku rasa hidup aku masa tu takde arah tuju lah. Aku fikir punya fikir, aku lupa yang aku pernah apply and berjaya masuk Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Jadi, aku terpaksa siapkan semua dokumen dalam masa sehari. Sebab keputusan UPU tu 2 HARI sebelum kemasukan pelajar matrikulasi. Memang terkocoh-kocoh lah dengan ibu aku semua. 

MATRIKULASI (2018-2019)

otw pergi lab 

Apa pendapat aku tentang matrikulasi? To be honest, sangat berbaloi. Dia macam "fast track" ke degree. lepastu kau boleh masuk je mana-mana aliran kau nak. Okay, jum cerita pasal matriks ni. 
Matrikulasi Kejuruteraan Pahang ni dia menawarkan hanya 1 tahun ( 2 sem) belajar untuk pelajar yang memang nak jadik 'Engineer' . Rasanyalah start 2018, nama dia bertukar dari Matrikulasi Teknikal Pahang ke Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Sebab dulu dia boleh pilih antara 1 daripada 3 aliran ( Civil, Mechanical, Electrical ). Dia lebih details lah, kau suka civil, kau amik lah jurusan tu. Tapi sekarang, dia gabung semua aliran tu menjadi satu untuk membuat pelajar lebih ada ilmu dalam 3 benda tu kot errrrrr . Ni lah subject-subject dia : 

Semester 1 & 2
  • Basic Engineering 
  • Physics Engineering 
  • Chemical Engineering 
  • Mathematics ( bukan matematik biasa, matematik tambahan taw :') )
  • Kokurikulum ( for semester 1 kitorang dapat main golf for kokurikulum which is so kewl)
  • English ( + kau terus akan duduki muet untuk degree ) 
  • Pengajian Am 

Aku masa tu memang rasa its going to be tough for me this year. But Alhamdulillah i managed to score cgpa 3.00 and above for 2 semesters. Apa yang best matriks ni, bilik dia besar and memuatkan 4 orang. Lagi-lagi dekat Jengka, dapat tengok scenery kabus and all kadang-kadang. Setiap petang aku akan beriadah dengan roomates aku and my classmates. Main badminton, basikal, jogging. since blok aku dekat dengan Surau. Alhamdulillah, memang kuat lah kumandang azannya.

LEPAS MATRIKS

Lepas dah habis matriks, aku tunggu pulak keputusan UPU untuk sambung Degree. which is aku pilih "Sains Senibina" dekat UITM. Aku dapat panggilan untuk temuduga dekat Puncak Alam (PALAM). Aku memang buat betul-betul lah. (kalau ada masa lapang aku buat blog pasal macam mana temuduga tu :P) 

Sambil-sambil tunggu tu, aku kerja dekat stationary depan rumah aku. Alhamdulillah, adalah duit sikit nak beli barang semua sebelum aku masuk belajar. 

KEPUTUSAN UPU DEGREE (2019) 

Alhamdulillah kalini aku dapatapa yang aku idamkan since aku SPM. Jadi budak senibina. HAHAHA. Tapi, aku ingat dapat dekat Puncak Alam. Tapi dapat pulak dekat Uitm Seri Iskandar, Perak. Which is 4 jam daripada rumah aku. Masatu nak menangis sebab gembira dapat jurusan yang aku nak dan nak menangis sebab jauh lagi dengan parents. Sebelum ni Jengka (2-3 jam). Lepastu dapat perak pulak. Memang penad sistorrrrrrrr.

Uitm Dihatiku 

project 2 terchidukku

project 1 terchidukku

Apa perasaan aku ? First of all, Architecture tiada diploma kat uitm. Total belajar 4 tahun. Tapi aku dapat pengecualian kredit sebab aku dari matriks. Aku dapat skip 1 sem (6 bulan) dan teruskan belajar untuk sem 2. Memang nak mental aku belajar, tiada masa langsung untuk diri aku. Kalau ada boyfriend, kesian dia kena tunggu hari-hari. Dah-dah belajaq lu. (roll eyes). Aku penat sebab dia gabung subjek masa sem 1 dan sem 2. Jadi, total credit hours aku masa aku sem 2 is 22 hours. Jadual memang pack gila + kena siapkan final project which is a core subject. (fail satu core subject REPEAT SEM). Aku memang pulun ah. (nanti ada masa lagi aku buat blog pasal final project aku masa sem 2)

Pulun punya pulun.........
Habis sudah semester 2, result pun memberansangkan lah. Result setiap sem ni aku tak suka heboh sebab dia bukan CGPA. Aku lebih suka ha diam jelah HAHAHAHA. So sekarang ni aku dah cuti selama sebulan ( cuti semester ) dan ahad ni 23 februari aku dah masuk balik sana for SEM 3.

Itulah summary hidup aku selama 2 tahun. Aku namakan pelarian sebab aku ingat aku ambil civil engineering tapi aku ambil Architecture. Memang semua orang persoalkan kenapa? Aku pun tak tahu. Its not my forte (ACAHNYA LAHAI) . Okay thats all from me ! Assalamualaikum !