Tuesday 18 February 2020

Pelarian

Assalamualaikum wbt, dah lama sangat tak blogging. So, today i decided to buat satu pos berkenaan apa yang aku lalui dari 2018-2019. Last update pun pasal SPM 2k17 kan ? Hehehe.



SELEPAS KEPUTUSAN UPU SPM 2K17

Lepas SPM, aku tunggu keputusan UPU aku. Memang nervous lah sebab aku mengharapkan aku dapat jurusan yang aku nak. Jadi, pada hari keputusan UPU keluar. Aku check, aku dapat "Perniagaan dan Perdagangan" dekat Segamat (UITM). Aku rasa terchiduk sangat. HAHAHAHA. Sebab aku mengharapkan aku dapat jurusan "Senibina Dalaman". Memang aku rasa hidup aku masa tu takde arah tuju lah. Aku fikir punya fikir, aku lupa yang aku pernah apply and berjaya masuk Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Jadi, aku terpaksa siapkan semua dokumen dalam masa sehari. Sebab keputusan UPU tu 2 HARI sebelum kemasukan pelajar matrikulasi. Memang terkocoh-kocoh lah dengan ibu aku semua. 

MATRIKULASI (2018-2019)

otw pergi lab 

Apa pendapat aku tentang matrikulasi? To be honest, sangat berbaloi. Dia macam "fast track" ke degree. lepastu kau boleh masuk je mana-mana aliran kau nak. Okay, jum cerita pasal matriks ni. 
Matrikulasi Kejuruteraan Pahang ni dia menawarkan hanya 1 tahun ( 2 sem) belajar untuk pelajar yang memang nak jadik 'Engineer' . Rasanyalah start 2018, nama dia bertukar dari Matrikulasi Teknikal Pahang ke Matrikulasi Kejuruteraan Pahang. Sebab dulu dia boleh pilih antara 1 daripada 3 aliran ( Civil, Mechanical, Electrical ). Dia lebih details lah, kau suka civil, kau amik lah jurusan tu. Tapi sekarang, dia gabung semua aliran tu menjadi satu untuk membuat pelajar lebih ada ilmu dalam 3 benda tu kot errrrrr . Ni lah subject-subject dia : 

Semester 1 & 2
  • Basic Engineering 
  • Physics Engineering 
  • Chemical Engineering 
  • Mathematics ( bukan matematik biasa, matematik tambahan taw :') )
  • Kokurikulum ( for semester 1 kitorang dapat main golf for kokurikulum which is so kewl)
  • English ( + kau terus akan duduki muet untuk degree ) 
  • Pengajian Am 

Aku masa tu memang rasa its going to be tough for me this year. But Alhamdulillah i managed to score cgpa 3.00 and above for 2 semesters. Apa yang best matriks ni, bilik dia besar and memuatkan 4 orang. Lagi-lagi dekat Jengka, dapat tengok scenery kabus and all kadang-kadang. Setiap petang aku akan beriadah dengan roomates aku and my classmates. Main badminton, basikal, jogging. since blok aku dekat dengan Surau. Alhamdulillah, memang kuat lah kumandang azannya.

LEPAS MATRIKS

Lepas dah habis matriks, aku tunggu pulak keputusan UPU untuk sambung Degree. which is aku pilih "Sains Senibina" dekat UITM. Aku dapat panggilan untuk temuduga dekat Puncak Alam (PALAM). Aku memang buat betul-betul lah. (kalau ada masa lapang aku buat blog pasal macam mana temuduga tu :P) 

Sambil-sambil tunggu tu, aku kerja dekat stationary depan rumah aku. Alhamdulillah, adalah duit sikit nak beli barang semua sebelum aku masuk belajar. 

KEPUTUSAN UPU DEGREE (2019) 

Alhamdulillah kalini aku dapatapa yang aku idamkan since aku SPM. Jadi budak senibina. HAHAHA. Tapi, aku ingat dapat dekat Puncak Alam. Tapi dapat pulak dekat Uitm Seri Iskandar, Perak. Which is 4 jam daripada rumah aku. Masatu nak menangis sebab gembira dapat jurusan yang aku nak dan nak menangis sebab jauh lagi dengan parents. Sebelum ni Jengka (2-3 jam). Lepastu dapat perak pulak. Memang penad sistorrrrrrrr.

Uitm Dihatiku 

project 2 terchidukku

project 1 terchidukku

Apa perasaan aku ? First of all, Architecture tiada diploma kat uitm. Total belajar 4 tahun. Tapi aku dapat pengecualian kredit sebab aku dari matriks. Aku dapat skip 1 sem (6 bulan) dan teruskan belajar untuk sem 2. Memang nak mental aku belajar, tiada masa langsung untuk diri aku. Kalau ada boyfriend, kesian dia kena tunggu hari-hari. Dah-dah belajaq lu. (roll eyes). Aku penat sebab dia gabung subjek masa sem 1 dan sem 2. Jadi, total credit hours aku masa aku sem 2 is 22 hours. Jadual memang pack gila + kena siapkan final project which is a core subject. (fail satu core subject REPEAT SEM). Aku memang pulun ah. (nanti ada masa lagi aku buat blog pasal final project aku masa sem 2)

Pulun punya pulun.........
Habis sudah semester 2, result pun memberansangkan lah. Result setiap sem ni aku tak suka heboh sebab dia bukan CGPA. Aku lebih suka ha diam jelah HAHAHAHA. So sekarang ni aku dah cuti selama sebulan ( cuti semester ) dan ahad ni 23 februari aku dah masuk balik sana for SEM 3.

Itulah summary hidup aku selama 2 tahun. Aku namakan pelarian sebab aku ingat aku ambil civil engineering tapi aku ambil Architecture. Memang semua orang persoalkan kenapa? Aku pun tak tahu. Its not my forte (ACAHNYA LAHAI) . Okay thats all from me ! Assalamualaikum !




Friday 16 March 2018

RESULT SPM 2K17

Assalamualaikum wbt.
hai semua, aktif pulak aku nak update blog hari-hari.
Jadi 15 march 2018, Keputusan SPM aku pun keluar. Pukul 10 am, hari Khamis.
I was so nervous because i think i'll get less than 3A. Tepat 10 am, aku bukak laptop, bukak laman web untuk check result SPM. Dia suruh masukkan No IC dan No Angka Giliran. Aku pun masukkan, lepastu aku tekan "enter". 20 saat tak keluar apa-apa. Aku refresh page, dan.... boom dia keluar result aku.........

(2A 3A- 1B+ 1C+ 2C ) .........
aku terkejut sebab aku dapat 5A.......... Aku bersyukur sangat-sangat walaupun bukan Straight A..
Alhamdulillah, aku happy sesangat, aku tunjuk ibu dan ibu kata "Inilah rezeki kamu, apa yang kamu usaha, itulah yang kamu dapat. Ibu selalu doa kamu dapat keputusan SPM yang setimpal dengan usaha kamu :)" ... Idk my mom happy or not but aku nampak muka ibu lega....

Jadi, aku pergi sekolah. Semua pelik kenapa aku nampak tak nervous. HAHAHA, sebab diorang tak tahu aku dah CHECK awal-awal... that's why aku rilek-rilek. Nampak la muka tak tenang kawan baik aku semua wahahahaha. then tepat 11 am kena beratur dekat dewan and dengar siapa dapat 7A ke atas naik pentas. I was jealous... aku harap dapat diumumkan macamtu satu hari nanti :) But what to do, yang dapat CEMERLANG tu semua usaha LEBIH daripada aku. Aku kena lah bersyukur dan sedar diri... ANGAN-ANGAN NAK STRAIGHT A TAPI USAHA KURANG, DOA KURANG, tau tawakkal je haih...

in conclusion, aku still BERSYUKUR <3 dan aku bersyukur sebab Parents aku semua tak compare XD Diorang faham and support aku.

JADI, korang yang tak dapat keputusan yang korang inginkan. Janganlah fikir korang dah gagal. Sebab gagal ni bila kita berhenti mencuba - senior. Spm ni seperti pengakhiran dalam PERMULAAN. sebab ? BERMULALAH KITA MENJEJAKI DUNIA YANG PENUH CABARAN. Carik ilmu, carik duit, carik kerja.. dan paling penting cari amalan untuk akhirat .... <3

Salam


Tuesday 13 March 2018

FIRST TIME KERJA (cashier)


Assalaualaikum, wow dah lama tak update blog. Hehehe. Korang macam mana ? Sihat ? Semoga korang sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Aku ? Alhamdulillah sihat. Lagi 2 hari untuk result SPM. Aku boleh jamin yang aku hanya dapat beberapa A tetapi bukan Straight A. kahkahkah.

So, hari ini genap seminggu aku kerja sebagai CASHIER. Aku kerja sebab bosan duduk umah dan menghabiskan duit aku. Hahahaha. Orang kata "duduk jelah rumah, kalau nak keluar mintak je mak bapak duit"....is so not me...sebab aku rasa malu setiap kali nak keluar mintak duit. Aku tahu ramai yang rasa perasaan ni :') Jadi aku ambil keputusan untuk bekerja. 

FIRST DAY KERJA (1)
Aku kena shift petang, pukul 1 masuk kerja dan hari pertama aku kerja aku jadi PROMOTER. Susun barang, aku suka susun part mainan budak-budak. Malangnya tempat tu setiap hari akan bersepah dan mainan bercampur. Jadi promoter best sebab masa berjalan laju. Kau masuk pukul 1, masa susun-susun barang tiba-tiba dah pukul 4. Tak ke seronok wahahaha. Tapi seriously penat. kaki aku lenguh sangat-sangat. Sebab tak boleh duduk. Kalau duduk dia kata boleh lambatkan masa kita buat kerja. Tapi bagi aku, aku bukan alien and aku penat kot. Aku duduk bila tempat tu takde CCTV :') 

SECOND DAY -> SIXTH DAY 
Aku bosan, aku tunggu manager aku ajar aku jadi CASHIER. TAPI, dia busy. Jadi ? aku suruh senior ni ajar aku. Dia kata boleh, dia kecek kelantan. Dia ajar lah aku, mula-mula aku tengok keyboard mesin cashier tu *taktau nama* AKU TAK FAHAM LANGSUNG !

Tapi nasib baik aku ditukarkan dekat kaunter yang keyboard macam komputer :
Image result for cashier computer
kaunter C1/C2 macam ni 

Jadi aku cerita, jadi CASHIER mmg mencabar sebab :

  • SHORT DUIT / EXTRA DUIT
  • CUSTOMER YANG KADANG-KADANG MEMAHAMI, KADANG-KADANG SAKAI
  • VOID ITEM, kena panggil manager untuk cancel item yang customer tak nak. 
  • Customer marah sebab barang harga murah, bila dah scan tak sama harga. 
dan lain-lain. tbh, jadi CASHIER tak susah and seronok kalau kau kira betul-betul duit, biarkan lamba customer tunggu, janji nilai yang diberi betul, scan barang tengok skrin kalau-kalau barcode tak dapat baca. Kalau tak dapat baca tu boleh buat SHORT kadang-kadang. Sabar memang penting.

So, aku boleh kata carik rezeki memang susah..... Online bussiness pun susah sebab kau kena ada effort and creativity nak attract customer. Lain benda lain benefitnya. Janji duit yang kau carik HALAL dan BERFAEDAH. Itu saja daripada saya!

Assalamualaikum ! <3 

Friday 17 June 2016

SPM 2k17

SPM 2K17 

Assalamualaikum wbt,
Sekejap je masa berlalu. Aku rasa macam baru je terseksa dengan peperiksaan PT3. Almaklumlah, masa form 1 until form 2 aku tak serious. Bila dah masuk form 3 ? Struggle nak menghafal basic semua. Haih. Kepada yang baru form 1 dan Form 2, aku nasihatkan janganlah pandang ringan dekat PT3. Nanti menyesal :') 

Jadiiiiiii.....? 

Aku sekarang dah 16 tahun. Aku kena fokus dekat SPM dan masa depan aku. Aku ambil aliran Sub Sains ( LK, KIMIA, FIZIK, ADDMATHS). Macam-macam dugaan datang sebelum aku ambil aliran Sub Sains. Nak tahu ?

Aku terpilih masuk kelas aliran Sains Tulen. 
Sumpah otak aku tak berfungsi bila baca buku teks Biology. Apa yang aku nampak dekat buku tu banyak cell.... and aku sampai sekarang nama-nama apabenda tah dalam nukleus. Dulu F3, aku belajar nukleus je. Ni kena baca dalam nukleus. Nangis. 

Then Alhamdulillah aku dapat mohon kelas Sub Sains aka LK. Aku belajar dengan penuh gembira. Sangat gembira. Aku suka sangat XD
Masa ujian 1, aku tertinggal banyak tajuk. So aku try catch up la..... then dapat C. Then aku bengang la, sebab aku baca kbat, dia keluar basic. Then PPT, aku pun usaha dapatkan terbaik. Alhamdulillah dapat A-. 

But... fizik aku ? keee laut... keee laut. cemana ah XD

So sekarang aku study for SPM tahun depan dan final yang akan datang bulan 10 ni. So wish me luck <3 


Assalamualaikum <3  




Thursday 10 December 2015

PT3shit

Ahad, 00:01 am, 29 November 2015 

omg, minggu depan 14 Disember 2015 adalah tarikh amik result PT3. Hahahaha, aku memang tak akan dapat straight A's sebab aku main-main banyak sangat masa form 1-3. Aku ta tahu la bila aku nak insaf. Haih hahaha.

Apa yang tak best pasal pt3 is kau dapat tengok markah semua 8 subjek . Macam sakai je, so aku dah tahu result aku so far. I'm not proud of myself :(  yes, aku main-main. Aku harap masa boleh 'rewind' balik kan ? huhuhu. Ibu kata " Adik dapat apa pun, adik tetap anak ibu and ayah". Actually, aku tahu ibu aku kecewa dengan aku :')  Adik janji adik akan buat yang terbaik SPM ! Seriusly, i will study more and i'm not gonna waste my time next year ! 

Apapun, sekejap je dah masuk bulan Disember kan ? Masa semakin pantas, so masa cuti ni aku rasa nak spend time with my family. But aku rasa aku wasting time dekat hp. You know what, bosan gila dekat rumah ni :( aku asyik melukis, tengok anime, baca manga, tidur, makan dan ulang. Yela, sebab family tak kata pun apa-apa nak bercuti kat mana :( dah lah aku beli satu pc game. Bila aku nak download kat laptop ! dia tak boleh. Haihhh! Nak hang out tapi duit poket berhabuk huhuhu. Aish apa aku buat masa sekolah ? memboros je! eii kena berubah la kau ni wahai, nsflwers :') 

i think, thats all i wanna write. Siapa je baca do XD kuikuikuikui. 
Goodbye, Assalamualaikum :)