Friday, 16 March 2018

RESULT SPM 2K17

Assalamualaikum wbt.
hai semua, aktif pulak aku nak update blog hari-hari.
Jadi 15 march 2018, Keputusan SPM aku pun keluar. Pukul 10 am, hari Khamis.
I was so nervous because i think i'll get less than 3A. Tepat 10 am, aku bukak laptop, bukak laman web untuk check result SPM. Dia suruh masukkan No IC dan No Angka Giliran. Aku pun masukkan, lepastu aku tekan "enter". 20 saat tak keluar apa-apa. Aku refresh page, dan.... boom dia keluar result aku.........

(2A 3A- 1B+ 1C+ 2C ) .........
aku terkejut sebab aku dapat 5A.......... Aku bersyukur sangat-sangat walaupun bukan Straight A..
Alhamdulillah, aku happy sesangat, aku tunjuk ibu dan ibu kata "Inilah rezeki kamu, apa yang kamu usaha, itulah yang kamu dapat. Ibu selalu doa kamu dapat keputusan SPM yang setimpal dengan usaha kamu :)" ... Idk my mom happy or not but aku nampak muka ibu lega....

Jadi, aku pergi sekolah. Semua pelik kenapa aku nampak tak nervous. HAHAHA, sebab diorang tak tahu aku dah CHECK awal-awal... that's why aku rilek-rilek. Nampak la muka tak tenang kawan baik aku semua wahahahaha. then tepat 11 am kena beratur dekat dewan and dengar siapa dapat 7A ke atas naik pentas. I was jealous... aku harap dapat diumumkan macamtu satu hari nanti :) But what to do, yang dapat CEMERLANG tu semua usaha LEBIH daripada aku. Aku kena lah bersyukur dan sedar diri... ANGAN-ANGAN NAK STRAIGHT A TAPI USAHA KURANG, DOA KURANG, tau tawakkal je haih...

in conclusion, aku still BERSYUKUR <3 dan aku bersyukur sebab Parents aku semua tak compare XD Diorang faham and support aku.

JADI, korang yang tak dapat keputusan yang korang inginkan. Janganlah fikir korang dah gagal. Sebab gagal ni bila kita berhenti mencuba - senior. Spm ni seperti pengakhiran dalam PERMULAAN. sebab ? BERMULALAH KITA MENJEJAKI DUNIA YANG PENUH CABARAN. Carik ilmu, carik duit, carik kerja.. dan paling penting cari amalan untuk akhirat .... <3

Salam


Tuesday, 13 March 2018

FIRST TIME KERJA (cashier)


Assalaualaikum, wow dah lama tak update blog. Hehehe. Korang macam mana ? Sihat ? Semoga korang sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Aku ? Alhamdulillah sihat. Lagi 2 hari untuk result SPM. Aku boleh jamin yang aku hanya dapat beberapa A tetapi bukan Straight A. kahkahkah.

So, hari ini genap seminggu aku kerja sebagai CASHIER. Aku kerja sebab bosan duduk umah dan menghabiskan duit aku. Hahahaha. Orang kata "duduk jelah rumah, kalau nak keluar mintak je mak bapak duit"....is so not me...sebab aku rasa malu setiap kali nak keluar mintak duit. Aku tahu ramai yang rasa perasaan ni :') Jadi aku ambil keputusan untuk bekerja. 

FIRST DAY KERJA (1)
Aku kena shift petang, pukul 1 masuk kerja dan hari pertama aku kerja aku jadi PROMOTER. Susun barang, aku suka susun part mainan budak-budak. Malangnya tempat tu setiap hari akan bersepah dan mainan bercampur. Jadi promoter best sebab masa berjalan laju. Kau masuk pukul 1, masa susun-susun barang tiba-tiba dah pukul 4. Tak ke seronok wahahaha. Tapi seriously penat. kaki aku lenguh sangat-sangat. Sebab tak boleh duduk. Kalau duduk dia kata boleh lambatkan masa kita buat kerja. Tapi bagi aku, aku bukan alien and aku penat kot. Aku duduk bila tempat tu takde CCTV :') 

SECOND DAY -> SIXTH DAY 
Aku bosan, aku tunggu manager aku ajar aku jadi CASHIER. TAPI, dia busy. Jadi ? aku suruh senior ni ajar aku. Dia kata boleh, dia kecek kelantan. Dia ajar lah aku, mula-mula aku tengok keyboard mesin cashier tu *taktau nama* AKU TAK FAHAM LANGSUNG !

Tapi nasib baik aku ditukarkan dekat kaunter yang keyboard macam komputer :
Image result for cashier computer
kaunter C1/C2 macam ni 

Jadi aku cerita, jadi CASHIER mmg mencabar sebab :

  • SHORT DUIT / EXTRA DUIT
  • CUSTOMER YANG KADANG-KADANG MEMAHAMI, KADANG-KADANG SAKAI
  • VOID ITEM, kena panggil manager untuk cancel item yang customer tak nak. 
  • Customer marah sebab barang harga murah, bila dah scan tak sama harga. 
dan lain-lain. tbh, jadi CASHIER tak susah and seronok kalau kau kira betul-betul duit, biarkan lamba customer tunggu, janji nilai yang diberi betul, scan barang tengok skrin kalau-kalau barcode tak dapat baca. Kalau tak dapat baca tu boleh buat SHORT kadang-kadang. Sabar memang penting.

So, aku boleh kata carik rezeki memang susah..... Online bussiness pun susah sebab kau kena ada effort and creativity nak attract customer. Lain benda lain benefitnya. Janji duit yang kau carik HALAL dan BERFAEDAH. Itu saja daripada saya!

Assalamualaikum ! <3